BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 26, 2010


Dah lame x update blog nie...
da la x minat nak bka blog.....
kali nie kena la rajin m'update....huhuhu
apa ape pun blog memang ada kebaikannya...

Saturday, October 3, 2009

Najib puji peranan industri filem didik manusia

MELBOURNE: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyanjung tinggi peranan yang dimainkan industri perfileman dalam mendidik manusia.
Dalam mesejnya sempena Festival Filem Malaysia-Australia yang bermula di sini malam ini, Najib berkata "filem adalah media yang menarik bagi memberikan kehidupan kepada cerita dan imaginasi".

"Tetapi apa yang lebih penting ialah ia adalah cara terbaik dalam mendidik manusia mengenai kepelbagaian tempat, budaya, gaya hidup dan nilai-nilai daripada pelbagai masyarakat di seluruh pelusuk dunia.

"Melalui filem, kita dapat mempelajari lebih banyak mengenai sesebuah masyarakat dengan masyarakat yang lain dan dan adalah diharapkan ini akan membawa kepada hubungan yang lebih kukuh dan saling faham memahami antara satu sama lain," katanya.

Najib berharap festival filem ini "akan menjadi satu cara yang hebat bagi bertukat-tukar pengetahuan dan idea mengenai kreativiti, teknik dan trend dalam seni pembuatan filem yang semakin canggih".

Sementara itu, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Hasnul Hassan, dalam mesejnya sempena festival itu berkata dalam era globalisasi, filem-filem dan budaya boleh menjadi platform bagi penduduk dari seluruh pelusuk dunia untuk mendekati di antara satu dengan yang lain.

"Festival ini akan memberi peluang kepada rakyat Australia untuk meninjau dan menghayati keindahan dan kekayaan budaya rakyat Malaysia," kataya.

Beliau meminta rakyat Australia dan begitu juga rakyat Malaysia yang menetap di Australia, untuk mengambil bahagian dalam festival yang menarik ini.

"Ia akan menggalakkan bukan sahaja pelancongan merentas sempadan tetapi juga transaksi perniagaan antara kedua buah negara," katanya.

Festival empat hari yang diadakan di Australian Centre for the Moving Image, Federation Square di sini akan menayangkan filem Talentime, Geng the Movie, Cicakman 2 - Planet Hitam, Pensil, Muallaf dan My Telatori. - Bernaa

Thursday, September 10, 2009

Luahan Hati..

pagi nie nasib btl2 tak baik...
laptop wat hal..
tak bole nak on..
huhuhu...
bru jea on laptop 2 klmrn...
sedihnyeeeeee....

Mengubati sakit senggugut khusus untuk wanita
(http://gemini26576.tripod.com/petua/merawatpenyakit.html)


  • Minum air rebusan rumpun jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
  • Tumbuk secekak daun cili padi, tujuh biji jintan manis hingga lumat. Campurkan dengan dua sudu besar air masak. Perah dan tapis. Amalkan meminumnya tiga kali sehari selama tiga hari.
  • Lenyek nasi sehingga lumat. Selepas itu campurkan dengan garam jantan atau garam biasa sehingga sekata. Gentelkan sebesar ibu jari dan embunkan semalaman. Makan pada pagi esoknya. Tidak perlu dikunyah. Lakukan selama tiga malam.
  • Campurkan sedikit gula melaka dengan air kelapa. Sewaktu didatangi haid, minum dua kali sehari dalam masa tiga hari.

Petua nie sesuai dipraktikan untuk kawan2 yang selalu jea senggugut. : )